Di Melaka sebanyak 11 premis berkaitan pusat jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas negeri itu mencatatkan 977 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).<br /><br />Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr Rusdi Abd Rahman berkata jumlah tersebut adalah daripada 13 kluster dilaporkan membabitkan tadika, taska, pusat jagaan dan rumah setakat minggu ini.
